" Orang MuDa GeNg KiTa "

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan prOgram Himpunan Pemuda Islam Terengganu <>...Semoga Segala gerak kerja kita dihitung kelak...
perenggan seterusnya! peace!
"Orang Muda Geng Kite"
Semarakkan Perjuangan
Kembalikan Terengganu Negeri Kite
Bagi Peluang Orang Muda Memimpin

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan prOgram Himpunan Pemuda Islam Terengganu <>...Semoga Segala gerak kerja kita dihitung kelak...
perenggan seterusnya! peace!
MARANG – Ketua Muslimat PAS Terengganu berkata, muslimat adalah satu sayap parti yang penting dalam gerakan PAS yang prihatin bukan sahaja dalam aspek politik, namun menitikberatkan soal kebajikan dan pendidikan.Katanya, peranan Muslimat dalam perjuangan parti bagi mengajak rakyat seramai mungkin bersama dengan PAS.
“Keprihatinan Muslimat PAS hari ini kita pelbagaikan dan jika boleh kita mahu ajak rakyat seramai mungkin untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.
“Kita (Muslimat) kena berkenal-kenalan dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam menjalinkan hubungan ukhuwwah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Terbuka Muslimat PAS Kawasan Marang dan Persatuan Khainunnisa Marang, di Pejabat PAS Kawasan Marang, di Kampung Rusila, dekat sini, baru-baru ini.
Menurutnya, peranan Muslimat sangat terserlah ketika berkempen dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Ini kerana, katanya kedua-dua pilihan raya kecil tersebut keadaan dan suasana yang sangat mencabar serta menuntut kepada kesabaran dan kecekalan.
Menurutnya, pengalaman Muslimat PAS dalam pilihan raya kecil tersebut akan mematangkan lagi organisasi berkenaan.
Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahya Ali.
Dimaklumkan seramai 20 orang di kalangan ibu tunggal yang aktif dengan PAS dalam kawasan Marang terpilih menerima sumbangan hari raya anjuran Dewan Muslimat PAS Marang tersebut.

Kuala Dipang menjadi kawasan tragedi di mana sebuah jambatan tergantung runtuh. Menurut saksi, kejadian berlaku kerana ada budak yang bermain dan melompat-lompat. Walaubagaimanapun itu bukanlah faktor utama kerana sememangnya budak begitulah perangainya.
Atas nama Perkhemahan 1Malaysia beberapa sekolah telah dipanggil untuk menyertai kem ini. Kem yang disertai dikalangan murid-murid sekolah rendah bukanlah masanya untuk kita melupakan aspek keselamatan terhadap mereka dari setiap sudut.
Jika 22 orang murid sudah terhumban dalam sungai yang berarus deras itu, maka 44 orang ibu bapa pula menjadi resah gelisah. Selain itu kejadian malang ini memberi tamparan hebat dari pihak ibu bapa kepada peganjur perkhemahan itu malah boleh dibawa ke mahkamah untuk disaman. Penganjur mesti bertanggungjawab dan membayar pampasan.
Nasi pun sudah menjadi bubur, 2 orang hilang dan seorang telah mati. Mungkin dua orang yang hilang itu dipercayai sudah mati. Kenangan hitam ini akan sentiasa menghantui mangsa yang terselamat setiap kali malam yang hitam berlalu dan mereka mungkin tidak akan menjejak kaki lagi atas mana-mana jambatan selepas ini ataupun menyertai perkhemahan.
Inilah dinamakan trauma. Jika mereka trauma dengan insiden sedemikian, rakyat pula trauma dengan nombor 1 atau 1 Malaysia kerana teringat kejadian menghayat hati dan meragut nyawa. Setiap kali sebut 1Malaysia, teringat 1jambatan di Kuala Dipang!

KUALA TERENGGANU – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali dikatakan berikrar untuk taat setia kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengukuhkan dakwaan, satu rombakan ahli Exco kerajaan negeri Terengganu akan berlaku.
Sumber dari pusat pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman memberitahu, rombakan tersebut akan berlaku selepas sidang DUN Disember ini atau pada awal tahun hadapan.
Walaupun ’cakap-cakap’ berkaitan rombakan ahli Exco Terengganu sudah banyak kali dihebohkan, bahkan pernah dinafikan oleh Ahmad, namun berita mengenainya tetap muncul kembali.
Pada Oktober tahun lalu, Ahmad Said pernah mengugut untuk memecat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan kerana mengengkari arahan beliau.
Ahmad berkata beliau berhak menggugurkan Yahya kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya.
"Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.
“Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya," katanya.
"Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas," tambah Ahmad ketika itu.
Menurut sumber tersebut, rombakan Exco pada kali ini adalah bertujuan untuk menguatkan barisan pentadbiran Ahmad setelah sebahagian ADUN dari ‘Geng 10 budak hitam’ kembali menyokongnya.
Ahmad dilaporkan telah mendapat ’ketenangan’ dalam politik setelah satu kumpulan ADUN yang berbalah dengannya, berikrar kembali taat setia kepadanya.
Pada 16 September sekumpulan tujuh ADUN Terengganu diketuai oleh Dato’ Din Adam mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Antara ADUN yang hadir ialah ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad.
Din dilaporkan mengumumkan pendirian mereka dan menjelaskan hubungan sesama ADUN terbabit dengan Menteri Besar, Ahmad Said adalah sentiasa baik dan tidak pernah timbul soal perpecahan.
“Kita tiada masalah dengan Menteri Besar, kita juga akur kepada pelantikan yang telah dibuat, kita tidak sesekali akan derhaka,” kata Din.
Namun, pemerhati politik melihat, pertemuan Din dan kumpulannya ke Putrajaya adalah untuk memperkuatkan pengaruh Hishamudin di Terengganu, selain mencari ’laba politik’ untuk diri masing-masing.
Ekoran pertemuan itu, Din telah dilantik Hishamudin sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang yang paling berkuasa dan berpengaruh di Terengganu masakini.
Oleh yang demikian, giliran mereka yang bersama Din pula dibalas jasanya.
Justeru, tiga orang dikalangan sepuluh Exco kerajaan negeri yang masih bermasalah dengan Ahmad Said bakal digugurkan.
Menurut sumber itu lagi, salah seorang daripadanya telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana masalah dalaman Umno dan MB Terengganu yang tidak berkesudahan.
Seorang daripadanya dikatakan ‘rela dan redha’ sekiranya beliau digugurkan dari jawatan Exco, kerana tindakan dan cakap-cakapnya begitu ’bebas dan sudah tidak terbatas’.
”Manakala individu yang ketiga, sudah banyak kali disebut-sebut akan digugurkan kerana beliau memang amat tidak disenangi oleh MB,”kata sumber tersebut.
Oleh yang demikian, sebagai gantinya, tiga orang akan dipilih di kalangan ‘Geng 10 budak hitam’ yang telah berpaling tadah dan kembali ke pangkuan Ahmad Said.

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan
Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.
Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.
Sumber:http://nikabduh.wordpress.com/

Dalam Surah Mukminun Allah s.w.t telah menyatakan sifat-sifat mukmin yang sejati dari ayat 1 hingga 10.
Orang-orang mukmin yang bersifat dengan sifat demikian adalah orang berjaya di dunia dan akhirat. Antara sifat yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t ialah :
* Orang khusyu' di dalam solatnya. Menurut Zainuddin 1988 di dalam Terjemah al-Quran, khusyu' bererti tunduk hati dan tetap ingatan kepada Tuhan ketika mengerjakan sembahyang atau ketika memohon doa kepadanya.Ibn A'bbas berpendapat khusyu' bermaksud takut dan tenang. Saidina Ali k.w. pula mengatakan bahawa khusyu' di dalam ayat ini ialah khusyu' hati. sementara Hassan al-Basri pula berpendapat khusyu' itu ialah khusyu' hati, tunduk pandangan dan merendahkan diri di hadapapun dan Allah s.w.t. . Muhammah din sirrin berkata bahawa Sahabat Rasulullah s.a.w apabila solat mereka mengangkat pandangan ke langit dan apabila ayat ini diturunkan maka mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud. Dan khusyu' di dalam sembahyang itu akan terhasil apabila seseorang itu mengosongkan hati daripada perkara-perkara lain dan diisikan sepenuhnya dengan solat. Pada ketika itu solat akan membuat dirinya tenang dan penyejuk mata. Sabda Rasulullah s.a.w: " Aku suka kepada wangian, wanita( isteri ) dan solat kerana solat menjadikanku sejuk mata memandang ( tenang )."
* Sifat mukmin yang ke dua ialah meninggalkan perkara-perkara sia-sia ataupun perkara-perkara batil yakni termasuk syirik kepada Allah s.w.t., maksiat , kata-kata dan perbuatan yang tidak berfaedah.
* Menunaikan zakat. zakat di dalam ayat ini menurut Muhammad Ali as-Sobuni ialah zakat harta. Ada pula yang berpendapat perkataan zakat bermaksud menyucikan diri daripada perkara-perkara syirik dan keji.
* Menjaga kemaluan mereka daripada melakukan perkara-perkara keji seperti berzina, liwat dan tidak menghampiri perempuan-perempuan yang bukan mahram kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka yang telah dihalalkan kepada mereka. Al-Imam as-Syafie juga berhujjah dengan ayat ini tentan hukum haram " istimna" iaitu berzina dengan tangan.
* Mereka menunaikan amanah dan menepati janji. tidak seperti sifat munafik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila mereka bercakap maka mereka berbohong, apabila mereka berjanji mereka ingkari dan apabila mereka diberi amanah maka mereka mengkhianati."
* Mereka menjaga solat . Yakni sentiasa sembahyang di awal waktu sebagaimana Ibn Masu'd berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ?. maka Rasulullah s.a.w memjawab: Sembahyang di awal waktu , berbuat baik kepada ibubapa dan berjihad di medan peperangan. Qatadah berkata , menjaga solat bermaksud menjaga waktunya, ruku'nya dan sujudnya.
Apabila seseorang mukmin itu bersifat dengan akhlak mahmudah tersebut maka Allah s.w.t akan mewariskan mereka syurga Firdaus.

Siang malam pemimpin dan media Umno cuba melaga-lagakan pimpinan Pas. Mereka menggambarkan Pas kini telah berpecah. Sikap mereka berubah-ubah seperti keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Misalnya sebelah siang mereka boleh memuji-muji Presiden dan Mursyidul Am Pas dan malamnya boleh berpusing 360 darjah dengan digantikan tomhmahan dan kejian.
Sebenarnya mereka cuba mengalih isu dan perhatian rakyat dari isu yang berlaku dalam Umno@BN dan juga dalam negara. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan rakyat dari membicarakan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Umno@BN seperti yang didedahkan laporan Audit Negara baru-baru ini.
Jika Umno atau yang sewaktu dengannya mengharapkan Pas akan berpecah dengan isu yang berlaku ternyata mereka silap besar. Mereka yang bercakap tentang perpecahan yang kononnya sedang berlaku dalam Pas ialah mereka yang tidak memahami dasar dan perjuangan Pas. Pas berjuang dan berdiri gagah hari ini dalam persada politik negara kerana teras atau dasar perjuangan Pas. Pemimpin Pas boleh datang dan pergi. Pas biasa mengalami pasang surut dalam arus politik negara. Tetapi bagi pejuang dan pimpinan Pas mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti untuk memastikan kesinambungan perjuangan mencontohi perjuangan Nabi SAW untuk menegakkan sistem keadilan dan pemerintahan yang berteraskan lunas-lunas Islam terlaksana.
Sejarah telah membuktikan ramai pimpinan Pas yang sanggup dipenjara dan mengalami pelbagai deraan fizikal dan mental tetapi untuk berundur dari perjuangan atas nama mana-mana individu adalah tidak sama sekali.
Apa yang berlaku hari ini sebenarnya ialah 'isu-isu teknikal' iaitu mencari bagaimana mekanisme, teknik atau kaedah yang terbaik yang difikirkan oleh pimpinan Pas untuk melenyapkan Umno daripada peta politik di negara ini.
selain itu, apa yang berlaku dalam Pas hari ini adalah satu lagi proses tarbiyyah untuk memantapkan perjuangan Pas agas terus kekal dan relevan agar terus subur membawa mesej Islam dan suara dakwah kepada ummah di negara ini. Kecintaan kepada perjuangan Islam mengatasi segala-gala kepentingan peribadi. Ujian adalah sebahagian pra syarat terhadap perjuangan Islam. Ujian ini akan menjadikan Pas akan bertambah gagah dalam misi dan visi untuk menumbangkan Umno@BN daripada terus rakus menipu dan menindas rakyat. Mehnah ini akan memantapkan iltizam dan ikrar untuk memastikan Umno akan ditalkinlkan dalam pilihanraya umum akan datang.
http://angkasanuri.blogspot.com/
Ustaz Idris Ahmad
Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam UM 26/10/2009. Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam. Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini. Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat
Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu. Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas. Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno. Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas. Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009. (Sumber)

Soalan | Penyelewengan hukum-hukum Allah dilakukan orang-orang terdahulu seperti umat Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. dengan mengubah agama Allah. Apakah umat Nabi Muhammad s.a.w. juga berlaku seperti itu iaitu mengubah agama Allah melalui al-Quran yang diturunkan kepada mereka, dengan mengubah hukum-hakam- Nya? Bolehkah Dato' jelaskan sejauhmanakah ia berlaku dan apakah kesannya kepada akidah ummah. - Umar Farouk, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Jawapan | Al-Quranul Karim, terkawal daripada sebarang penyelewengan, pindaan dan perubahan.
Ayat-ayatnya terpelihara, kekal abadi sebagai ayat Allah tanpa penyelewengan hingga ke hari Kiamat. Ini adalah jaminan Allah, selaras dengan firman-Nya (mafhum): "...Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memeliharanya dan menjaganya." (Surah al-Hijr, ayat 9)
Dalam kedua-dua ayat ini, Allah memberi jaminan bahawa Dia akan menjaga ayat-ayat (al-Quran) daripada sebarang penyelewengan.
Tidak seperti kitab-kitab sebelum al-Quran, tiada jaminan sebelumnya daripada penyelewengan.
Oleh kerana al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda, maka manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian.
Sepertimana orang-orang Yahudi dahulu, apabila Allah SWT menurunkan at-Taurah kepada mereka, yang di dalamnya Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.
Mereka mengikut perintah Allah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, sebaliknya mereka menyelewengkan hukumnya dengan memasang jaring pada hari Sabtu dan mengumpulkan ikan ke dalam jaring.
Keesokan harinya (hari Ahad), barulah mereka menangkap dan membawa ke darat, ikan-ikan yang sudah terperangkap di dalam jaring sejak hari Sabtu.
Itu suatu helah jahat atau suatu penyelewengan.
Selepas itu, mereka menyelewengkan perintah Allah dalam a-Taurah sesuka hati mereka.
Riba yang diharamkan Allah, Yahudi menghalalkannya. Menipu helah mengambil harta orang secara batil (yang diharamkan), dihalalkan jika (orang tersebut) bukan daripada kalangan Yahudi.
Zina yang diharamkan Allah, dihalalkan mereka kalau bukan dengan Yahudi.
Menipu, mengkhianati yang diharamkan, dihalalkan kalau bukan dengan Yahudi.
Ada banyak lagi perkara (perlanggaran hukum) yang kaum ini lakukan.
Dalam agama Nasrani juga berlaku berbagai perbezaan di antara satu kitab dengan kitab al-Injil yang berlainan versinya, bercanggah hukum dan amalan sehingga jelas memecahbelahkan orang-orang Kristian kepada beberapa puak.
Setiap puak tersebut, hanya percaya dengan amalan mereka sahaja dan menyalahkan amalan puak yang lain.
Hal-hal yang sedemikian, tidak sangat berbeza dengan apa yang berlaku di kalangan umat Islam, khasnya yang terkini.
Bezanya, umat Islam tidak mengubah al-Quran, tidak meminda isinya dan menjaga al-Quran itu dengan baik.
Tetapi apabila mereka (umat Islam) diberi kuasa memerintah, hukum-hukum Allah digendalakan dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia.
Undang-undang Allah diketepikan, manakala undang-undang manusia diketengahkan.
Hukum-hukum manusia diagung-agungkan, manakala hukum Allah diremehkan.
Contoh terdekat yang boleh kita lihat, penyelewengan hukum-hukum Allah di kalangan umat Islam, sama ada dengan cara penuh kesedaran atau kejahilan.
Dalam hal undang-undang seperti kesalahan membunuh, mencederakan, mencuri, merompak, berzina, menuduh orang lain berzina, meminum minuman yang memabukkan dan murtad, semuanya diperuntukkan di bawah hukuman undang-undang ciptaan manusia.
Malangnya tidak satu pun kesalahan-kesalahan itu dihukumkan dengan hukum yang ditetapkan Allah.
Semua kesalahan tersebut ada yang dibicarakan di mahkamah ciptaan manusia yang dinamakan Mahkamah Sivil, ada yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Malah Mahkamah Syariah juga tidak mensabitkan semua kesalahan tersebut dengan hukum Allah.
Seluruhnya (kesalahan jenayah) dihukum dengan undang-undang manusia, didenda dengan ringgit atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali.
Tidak berpandukan kepada hukum Allah dan mengenakannya dengan hukuman manusia, ini bererti ia merupakan penyelewengan kepada hukum Allah dengan meminda ketetapan Allah.
Sebagai Muslim atau pemerintah negara umat Islam yang jelas beragama Islam, sebenarnya tidak diberi pilihan kepada mereka untuk menghukum mereka, selain daripada hukum Allah.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka...(hingga akhir ayat)." (Surah al-Maidah, ayat 49)
Perintah Allah kepada yang beriman dengan-Nya dan kitab-kitab- Nya agar melaksanakan hukum Allah berulang banyak kali dalam al-Quran.
Sebagai contoh, Surah al-Baqarah (ayat 213), Surah ali-Imran (ayat 23), Surah al-Maaidah (ayat 42, 44, 45, 47, 48 dan 49), Surah Shaad (ayat 22 dan 26), Surah an-Nuur (ayat 51) dan Surah Mumtahanah (ayat 10).
Banyak lagi ayat-ayat sedemikian, di mana Allah memberi penekanan, khususnya pemerintah agar melaksanakan hukum-hukum Allah dan jangan diselewengkan hukum tersebut.
Penyelewengan kepada hukum Allah SWT ini tidak sahaja sekadar menukarkan hukum hudud kepada hukum lain, tetapi sampai kepada peringkat menentang hukum Allah dan melaksanakan undang-undang mereka.
Riba yang diharamkan diubah kepada mengharuskannya dengan undang-undang perbankan konvensional, judi yang diharamkan dibolehkan dengan mendapat lesen, minuman yang memabukkan dibolehkan membuat perniagaannya serta dihidangkan sebagai minuman dengan permit perniagaan yang khusus.
Inilah yang Allah SWT sebutkan dalam firman-Nya (mafhumnya): "...Oleh itu siapakah yang lebih zalim lagi daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya) ." (Surah al-An'aam ayat 157)
Manusia tidak sepatutnya berpaling daripada hukum Allah atau meninggalkannya, sebaliknya mengambil hukum manusia, kelak mereka akan menempuh azab Allah. Wallahua'lam.

BESUT - Genap setahun pemerintahan Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi, Dato’ Ahmad Said, menyifatkan projek Taman Ilmu yang bernilai RM410 juta, gagal direalisasikan sebagai sebuah ’pusat ilmu bertaraf dunia’.
Ketika mengadakan sesi soal jawab panjang (selama sejam) bersama media, beliau mendedahkan, belum ada satu pun universiti luar negara yang memohon untuk menawarkan khidmat pendidikan di Taman Ilmu.
Beliau berkata demikian di Wisma DarulIman, Mei lalu, apabila para wartawan mendesaknya dengan soalan bahawa, beliau telah meminggirkan Besut dalam agenda pembangunannya sebagai Menteri Besar.
Disamping itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad tidak dapat menyembunyikan realiti bahawa, pembangunan Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM yang dibuat ’mudah-mudah’ semasa zaman Idris dan Pak Lah, tidak berjalan dengan licin.
Katanya, projek-projek mega termasuk pembinaan Taman Ilmu sebelum zamannya adalah merupakan projek ’terus’ dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.
Sebaliknya, katanya, beliau terpaksa memasukkan perbelanjaan pembinaan tersebut dalam bajet tahunan pada setiap tahun, dan menghantar kepada Putrajaya.
Keadaan tersebut adalah kerana, pada zaman Idris dan Pak lah, wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan secara ’agak bebas’, namun pada masa Ahmad, ia dimasukkan dahulu kepada akaun kerajaan negeri.Realitinya, pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM benar-benar tergendala !
Senarai projek dalam pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya
negeri Terengganu (JKRNT) tahun 2008 telah menunjukkan lima ’parcel’ pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan.
JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam ’parcel’ pembinaan dijangka siap pada Disember tahun 2008.

Jalan satu tayar aje ...

Berasmara atas motor

Kempen kongsi kenderaan oleh mat rempit .

Mat Rempit Viietnam

Ingatkan manusia saja padai rempit ...
TAPI SEPANDAI-PANDAI MAT REMPIT AKHIR KE BAWAH LORI LAH JUGA….



Pecah kepala





FAKTOR syarak dalam kehidupan Islam bermaksud memberikan batasan dan pedoman supaya jalur kehidupan berada dalam batasnya. Jalur syarak juga mentertibkan insan supaya terus berada dalam fitrah. Kehidupan yang fitrah adalah kehidupan yang serasi dan syarak dan ia membawa barakah. Keyakinan manusia kepada faktor yang nyata dengan pedoman faktor yang ghaib akan membimbing manusia ke jalan hidup yang sebenarnya.
Agama mengaturkan kehidupan yang baik untuk manusia. Syarak adalah sendi utama mempedoman manusia jalan yang di redhai atau sebaliknya. Faktor manusia tidaklah mutlak untuk memberikan kawalan dan pedoman. Faktor Ilahi menunjukkan pedoman yang terbaik untuk manusia. Menjadi manusia yang hidup berteraskan syarak menjadikannya hamba yang sentiasa patuh, akur, taat dan tunduk kepada-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan tidak ada hijab yang menghalangnya. Walaupun apa yang kita lakukan manusia lain mungkin tidak mengetahui tetapi di sisi Allah ia diketahui.
Untuk menjadi seorang remaja Islam yang baik dan beriman mematuhi faktor syarak adalah suatu tuntutan dan kewajipan. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus memberikan remaja pedoman yang terbaik dalam hidup. Menjadi remaja menyebabkan banyak cabaran yang menunggu. Sekadar pertimbangan akal dan nafsu semata tidak ada jaminan jalur syarak dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional saja tidak memadai jalan syarak diikuti. Sekadar berpandukan orang ramai melakukan maka tiada salahnya remaja melakukannya belum ada jaminan ia selari dengan syarak.
Remaja harus yakin bahawa keyakinan kepada jalur syarak memberikan landasan keimanan yang teguh. Iman yang teguh menghubungkan remaja kepada Penciptanya dan Pengatur alam dan kehidupan ini. Ia bukan bermakna remaja tidak menggunakan pertimbangan akal. Akal hanya alat yang belum tentu sempurna apa yang difikir dan dibuat tanpa pedoman syarak. Pertimbangan akal mungkin boleh menyuluh remaja ke jalan yang betul dan belum tentu membimbing jalan yang benar. Kebenaran ada pada jalan syarak kerana darinya manusia melakukan sesuatu berasaskan huhum-hakam dan peraturan Allah.
Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.
Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.
Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.
Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris wala’nya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.
Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..
Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.
Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.
Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.
Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.
Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.

PAS adalah Gerakan Islam
Bukan semata - mata Parti Politik
1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .
3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .
4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .
5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .
6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .
7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .
8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .
9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]
10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .
11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .
12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .
13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .
14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....
15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .

Menyorot ucapan Presiden Umno di dalam Mesyuarat Agong Umno baru-baru ini zahirnya kelihatan agak luar biasa. Nada bertaubat dan insaf mengaluni perhimpunan Agong parti yang sudah pernah "mati" itu. Ucapan Najib disulami dengan irama sentimental dan berbaur dengan rasa gembira kerana berjaya juga akhirnya BN menang satu pusingan daripada lapan pusingan Pilihan Raya Kecil di Semenanjung.
Rayuan dan nada "taubat Umno" yang digarap dalam ucapan Najib, nampaknya sedikit sebanyak berjaya menyakin beberapa orang kampung yang pekat UMNO, bahawa UMNO telah benar-benar insaf akan ke alpaannya selama ini terhadap rintihan rakyat bawahan. UMNO sudah insaf terhadap keangkuhannya. UMNO sudah taubat nasuha dan tidak akan jadi parti Rasuah lagi selepas ini. UMNO tidak lagi UMNO yang sebelum Mesyuarat Agong tersebut. Ertinya satu lakaran wajah baru UMNO cuba ditampilkan melalui perhimpunan itu.
Tidak dinafikan memang ada "beberapa kerat" orang yang yakin benar dengan "taubat Umno" itu, sebagaimana mereka cukup yakin dengan Pak Lah saat mula-mula memegang tanpuk kuasa UMNO dahulu. Pak Lah diimejkan sebagai cucu Ulama', PM yang boleh menjadi imam solah Terawih, PM yang "clean"dari sebarang sekandal dan Imam yang berjaya meletakkan batu asas kepada "Islam Hadari". Begitulah yakinnya mereka kepada "keinsafan UMNO".
Kasihan sungguh melihat UMNO yang berhempas pulas untuk menyakinkan rakyat bahawa UMNO hari ini bukan lagi macam UMNO yang lepas-lepas itu. Lebih kasihan lagi melihat mereka yang masih menyakini UMNO. Masih disengat beberapa kali dalam satu lubang. Tidakkah mereka tahu bahawa "taubat UMNO" tidak akan sampai kemana pun. Pak Lah yang sebelum menjadi PM dikenali sebagai "Mr Clean" pun gagal membersihkan UMNO daripada kemungkaran dan dosa, ini kan pula Najib yang datang dengan berbagai sekandal yang masih belum terjawab. "Taubat UMNO" hanyalah seperti "Ular yang bersalin kulit". Kulit sahaja yang kelihatan semacam baru dan berlainan corak, namun ia tetap ular yang sama. Naluri "keularannya" tetap sama dan lidahnya pun sama. Kulit itu pun dalam tempoh beberapa bulan lagi akan kembali seperti corak dan warna asalnya.
Bagaimana UMNO mahu membersihkan dirinya daripada rasuah?. Sedangkan Rasuah sudah menjadi darah daging UMNO. Membuang rasuah daripada UMNO semacam membuang semua darah yang ada dalam tubuh. UMNO akan terkulai layu dan lebih layu dari kelayuannya sekarang. Mempercayai UMNO mahu menghapuskan Rasuah samalah seperti mempercayai kata-kata seekor Singa bahawa ia berjanji tidak akan makan daging lagi. Mampukah singa meneruskan kehidupan kalau hanya makan kangkong dan lobak. Begitulah UMNO ...Lagi pun bagaimana mungkin UMNO mampu membasmi "Rasuah" jika UMNO tidak kembali kepada dasar-dasar Al-Quraan dan Hadis?. Kerana yang paling tegas "mengharamkan" rasuah hanya Al-Quraan dan Hadis. Sehingga dijanjikan Neraka bagi pemberi rasuah dan penerima rasuah. Takutkah UMNO kepada "tindakan tegas" SPRM yang tidur sebantal dengan UMNO?.
Taubat UMNO hanya gendang lama dan irama lama yang tidak lagi raleven dengan kehendak rakyat Malaysia umumnya dan Orang-orang Islam khususnya.
Menyorot ucapan Presiden Umno di dalam Mesyuarat Agong Umno baru-baru ini zahirnya kelihatan agak luar biasa. Nada bertaubat dan insaf mengaluni perhimpunan Agong parti yang sudah pernah "mati" itu. Ucapan Najib disulami dengan irama sentimental dan berbaur dengan rasa gembira kerana berjaya juga akhirnya BN menang satu pusingan daripada lapan pusingan Pilihan Raya Kecil di Semenanjung. Rayuan dan nada "taubat Umno" yang digarap dalam ucapan Najib, nampaknya sedikit sebanyak berjaya menyakin beberapa orang kampung yang pekat UMNO, bahawa UMNO telah benar-benar insaf akan ke alpaannya selama ini terhadap rintihan rakyat bawahan. UMNO sudah insaf terhadap keangkuhannya. UMNO sudah taubat nasuha dan tidak akan jadi parti Rasuah lagi selepas ini. UMNO tidak lagi UMNO yang sebelum Mesyuarat Agong tersebut. Ertinya satu lakaran wajah baru UMNO cuba ditampilkan melalui perhimpunan itu.
Tidak dinafikan memang ada "beberapa kerat" orang yang yakin benar dengan "taubat Umno" itu, sebagaimana mereka cukup yakin dengan Pak Lah saat mula-mula memegang tanpuk kuasa UMNO dahulu. Pak Lah diimejkan sebagai cucu Ulama', PM yang boleh menjadi imam solah Terawih, PM yang "clean"dari sebarang sekandal dan Imam yang berjaya meletakkan batu asas kepada "Islam Hadari". Begitulah yakinnya mereka kepada "keinsafan UMNO".
Kasihan sungguh melihat UMNO yang berhempas pulas untuk menyakinkan rakyat bahawa UMNO hari ini bukan lagi macam UMNO yang lepas-lepas itu. Lebih kasihan lagi melihat mereka yang masih menyakini UMNO. Masih disengat beberapa kali dalam satu lubang. Tidakkah mereka tahu bahawa "taubat UMNO" tidak akan sampai kemana pun. Pak Lah yang sebelum menjadi PM dikenali sebagai "Mr Clean" pun gagal membersihkan UMNO daripada kemungkaran dan dosa, ini kan pula Najib yang datang dengan berbagai sekandal yang masih belum terjawab. "Taubat UMNO" hanyalah seperti "Ular yang bersalin kulit". Kulit sahaja yang kelihatan semacam baru dan berlainan corak, namun ia tetap ular yang sama. Naluri "keularannya" tetap sama dan lidahnya pun sama. Kulit itu pun dalam tempoh beberapa bulan lagi akan kembali seperti corak dan warna asalnya.
Bagaimana UMNO mahu membersihkan dirinya daripada rasuah?. Sedangkan Rasuah sudah menjadi darah daging UMNO. Membuang rasuah daripada UMNO semacam membuang semua darah yang ada dalam tubuh. UMNO akan terkulai layu dan lebih layu dari kelayuannya sekarang. Mempercayai UMNO mahu menghapuskan Rasuah samalah seperti mempercayai kata-kata seekor Singa bahawa ia berjanji tidak akan makan daging lagi. Mampukah singa meneruskan kehidupan kalau hanya makan kangkong dan lobak. Begitulah UMNO ...Lagi pun bagaimana mungkin UMNO mampu membasmi "Rasuah" jika UMNO tidak kembali kepada dasar-dasar Al-Quraan dan Hadis?. Kerana yang paling tegas "mengharamkan" rasuah hanya Al-Quraan dan Hadis. Sehingga dijanjikan Neraka bagi pemberi rasuah dan penerima rasuah. Takutkah UMNO kepada "tindakan tegas" SPRM yang tidur sebantal dengan UMNO?.
Taubat UMNO hanya gendang lama dan irama lama yang tidak lagi raleven dengan kehendak rakyat Malaysia umumnya dan Orang-orang Islam khususnya. -ustazmokhtar

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

Hari ini perjuang HPA dengan semanggat yang luar biasa menaja dan mengajak rakan-rakan kaum keluarga berjuang bersama-sama melepaskan diri dalam kelompok masyarakat yang tidak mementingkan halal dan haram,membebaskan keluarga yang selama ini telah terlanjur dikaburi dengan tawaran yang menyedapkan mata memandang,menyedapkan rasa masakan tetapi sebenarnya tidak halal dan punca segala penyakit.
Bayangkan masyarakat disana kalau tidak kita tidak pedulikan,bagaimana nasib mereka,
Tetapi mungkin juga mereka tergolong dengan rakan-rakan kita yang keras hati,golongan pekakkan telingga,golongan hanya memandang HPA sebagai bisnes semata-mata. Bukalah hati,lapangkan dada,bukalah minda, teliti dengan betul HPA bukan sahaja sebagai satu perniagaan tetapi wadah perjuangan supaya apa yang diajar dapat diterima dan difahami untuk keberkatan dunia dan akhirat.
Perjuang, Hari ini ada sebilangannya telah menyempang dasar perjuangan. Mereka hanya mementingkan keuntungan dan materialistic semata-mata. Bonus sedikit mengeluh,lambat sikit mengeluh,penat sikit mengeluh semuanya mengeluh memanjang. Mereka ada diantaranya mudah bersikap lupa diri,angkuh ,mendabit dada, sanggup memburuk-burukkan wadah perjuangan rakan-rakan ,memperlekehkan rezeki pembelian Allah melalui HPA.
Jadi pada rakan-rakan kembalilah kepada landasan sebenar supaya kita dapat diterima oleh masyarakat bukan sahaja sebagai sumber rezeki yang halal tetapi dapat membantu masyarakat diluar sana supaya bersama kita memperjuangkan produk yang halal ini.
Kenang sejenak,kenangan silam bagaimana sukarnya,susahnya mengenali HPA,setelah Berjaya ianya dibina atas landasan yang sebenar bukannya gimik semata-mata dengan ilmu yang dicurahkan melalui rakan-rakan dan PBC sepatutnya mematangkan diri sebagai seorang usahawan yang sejati dan mampu teguh kepada prinsip perjuangan bukan kerana materialistic semata-mata.
Bagi Rakan-rakan Yang menyokong aktikal saya tinggalkan komen anda diruangan Komen, Terimakasih.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.
Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.
Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.
Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.
Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.
Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

KEMAMAN – Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Kapten (B) Zahar Hashim berkata Umno bukanlah satu parti yang memperjuangkan orang Melayu.
Beliau yang telah menjadi ahli Umno selama 29 tahun tahun dan menjadi Ketua Bahagian selama 20 tahun berturut-turut berkata, kaum yang paling ramai miskin di Negara ini adalah orang Melayu dan penagih dadah paling ramai adalah orang Melayu.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu program penerangan PAS DUN Chukai di Gong Limau, kelmarin.
Dakwaan beliau ternyata benar, Umno yang merosakkan orang-orang Melayu apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendedahkan laporan terbarunya.
Dalam laporan tersebut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia berjaya mengesan seramai 2,721 penagih terkumpul di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK Malaysia, Tanasegran Sinnathambi berkata, berdasarkan rekod Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi), ia menunjukkan penurunan sebanyak 69.32 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Katanya, tahun lalu jumlah penagih dadah yang dikesan di seluruh negara ialah 8,870 orang.
”Manakala sehingga Ogos lalu, bilangan penagih baru yang dikesan seramai 1,543 dan ia berkurang sebanyak 61.82 peratus berbanding jumlah penagih baru dalam tempoh sama pada tahun lalu yang berjumlah 4,041 orang.
”Sementara itu, seramai 1,178 penagih berulang dikesan sehingga Ogos lalu dan berlaku penurunan sebanyak 75.61 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu seramai 4,829 orang,”kata Tanasegran.
Justeru, Kapten (B) Zahar Hashim menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan mengikuti jejak langkahnya, menyertai PAS dalam memperjuangkan orang Melayu dan Ugama Islam.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.
Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".
Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.
Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).
Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.
Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.
"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.
"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.
Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.
"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.
malaysiakini
- berkenaan kenyataan Mursyidul Am PAS dalam laman blognya
MARANG - 24 Okt- Ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Usstaz Harun Taib telah mengadakan satu sudang media.
Sidang ersebut telah diadakan selepas majlis perasmian penutup sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pasti Negeri Terengganu di Rusila, disini, petang semalam, 24 oktober, 2009.
Berikut disiarkan kenyataan penuh, soal-jawab beliau dengan para wartawan yang hadir;
Wartawan: Dato’, minta komen kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya?
Dato’ Harun Taib: Setakat ini saya masih tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz buat kenyataan seperti itu.
Wartawan: Tapi, dia (Nik Aziz) mengaku?
Dato’ Harun Taib: Saya belum tengok lagi kenyataan (terbaru) dia (Nik Aziz) cuma surat khabar tulis katanya datang dari blog dia (Tok Guru) dan blog dia itu siapa tulis saya pun tidak tahu.
Wartawan: Dato’ ada baca blog itu?
Dato’ Harun Taib: Saya baca (blog) tetapi saya tidak dapat mengesahkan sama ada Tok Guru kata atau siapa kata, saya tidak tahu dan saya tidak percaya Tok Guru kata. Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh.
Wartawan: Kenapa, Dato’ rasa bukan Tok Guru yang tulis?
Dato’ Harun Taib: Saya rasa bukan Tok Guru. Sebab, Tok Guru saya kenal dia. Dia tidak buat kenyataan ‘sombrono’ dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.
Wartawan: Jadi, siapa yang tulis jika bukan Tok Guru?
Dato’ Harun Taib: (ketawa)… Sesiapa pun boleh tulis dalam blog Tok Guru. Ini zaman canggihkan.
Wartawan: Jika benar Tok Guru yang tulis. Apa komen, Dato?
Dato’ Harun Taib: Nanti ternyata Tok Guru yang tulis baru saya boleh komen. Saya ada saluran saya untuk mengesahkan sama ada Tok Guru sendiri yang tulis atau tidak.
Wartawan: Apakah benar, ketiga-tiga (Hadi, Mustafa dan Hasan) itu pro-Umno?
Dato’ Harun Taib: Isu ini (kerajaan perpaduan) sudah habis dan sudah tutup buku. Tidak timbul lagi siapa pro-kerajaan perpaduan.
Wartawan: Dato’, ada petanda pergolakkan dalam parti PAS?
Dato’ Harun Taib: Tidak ada..tidak..tidak ada pergolakkan dalam PAS, tidak ada alamat dan tidak ada tanda. Cumanya, sengaja digoyang, ‘pokok digoyang’. Jika berkocak pun disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya. Pokok itu sendiri tegak, teguh dan bukan sahaja mendapat sokongan dari orang-orang Melayu (Islam) sekarang ini tetapi juga mendapat sokongan dari orang bukan Islam dan bukan Melayu. Itu tanda keteguhan. Jadi, PAS sedang menunggu untuk mengalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini.
Wartawan: Dato’, bagaimanakah nanti jika benar kenyataan itu bukan dari Tok Guru tetapi dari pihak tertentu?
Dato’ Harun Taib: Kita serah kepada pimpinanlah dan biar ternyata dahulu. Jadi, saya masih mengatakan bukan blog itu ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Siapa yang tulis saya tidak tahu.
Wartawan: Dato’, jika betul?
Dato’ Harun Taib: Jika sah betul Tok Guru Nik Aziz yang tulis, saya akan komen kemudian dan datang jumpa saya. Saya akan buat komen semula.

1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .
2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .
3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .
4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .
5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .
6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .
7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .
8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .
9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .
10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .

Ahli Pas diminta bertenang dan tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kemelut dalam parti apabila TG Nik Aziz mencadangkan suatu Muktamar Khas perlu diadakan untuk membincangkan kedudukan "Pengacau" dan "Pimpinan bermasalah" dalam parti tersebut.
Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub berkata,beliau tidak mahu ada dikalangan ahli parti terjebak dengan Manipulasi yang mungkin isu itu akan disensasikan pula oleh musuh-musuh yang sentiasa menangguk di air yang keruh.
"Dalam soal ini seharusnya ahli parti menunggu kenyataan rasmi pimpinan parti dan tidak membuat sebarang andaian yang menambahkan kemelut dikalangan ahli parti."kata beliau.
Pastikan setiap ahli mendapat maklumat yang tepat dari kepimpinan parti dan serahkan kepada majlis syura untuk membincang dan menyelesaikan kemelut ini.
"Mungkin TG Nik Aziz menulis dalam blog beliau selepas mendapat pandangan beberapa kerat individu yang rapat dengan beliau,Insyaallah saya akan menemui beliau untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat."ujar beliau.

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .
2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .
3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi .
4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .
5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ..... Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang .
6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan .
7. Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .
8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .
9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan .
10. Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat .
11. Sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .... kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman .....
12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam .
13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .
14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma - terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .
15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi .
16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .
17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .
18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .
19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .
20. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ?
Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] .

Diberitakan bahawa Konvoi Bermotosikal Pemuda Pas Perak terpaksa melakukan beberapa perubahan drastik disaat akhir apabila tekanan daripada pihak polis atas desakan Zambry MB Haram yg tiba-tiba ketakutan.
Kemungkinan besar konvoi ini akan hanya menaiki kereta ke Manjung dan sebarang stiker yang memaparkan ciri-ciri penyokong Pakatan Rakyat,maka kemungkinan kereta tersebut akan di tahan oleh pihak polis.
Maklumat menyatakan bahawa sekatan jalanraya telah mula diadakan pada malam ini,dan gerombolan FRU (Topi Merah) dengan Water Canon kebanggaan mereka akan bertolak ke manjung pada malam ini juga.
Mengapa Zambry MB Haram ketakutan..??Bukannya Pemuda Pas nak berdemontrasi,cuma santai bermotosikal.Zambry baru-baru ni dalam program 1 Malaysia terpekik dan terlolong mengatakan Umno kembali kuat dan mendapat sokongan rakyat Perak.Kalau betul??apa perlu lu takut..
MARANG - Negeri Terengganu mempunyai sejarah dan kehebatan serta keistimewaan tersendiri, sebagai sebuah ’negeri Islam’ berbanding negeri-negeri lain.
‘Batu Bersurat’ yang dijumpai di Terengganu pada abad ke-13 masehi membuktikan bukan hanya rakyatnya memeluk Islam tetapi kerajaannya juga sebuah kerajaan Islam.
“Alhamdulillah, negeri Terengganu ini mempunyai keistimewaan yang hebat bukan sahaja negeri kita meninggalkan satu tanda yang hebat iaitu ‘Batu Bersurat’ yang menunjukkan bukan sahaja rakyat Terengganu yang masuk Islam termasuk kerajaan negeri Terengganu juga masuk Islam,”kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
(Gambar - Presiden PAS melancarkan Ex-Pasti, persatuan pelajar-pelajar lepasn Pusat Asuhan Tunas Islam Terengganu)
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Rusila, Marang, semalam, 22 Oktober .
Namun, menurutnya, kerajaan Islam Terengganu jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1928 serta campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang menjelaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu menjadi negeri pertama menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959.
Selepas itu, katanya negeri Kelantan pula dikuasai oleh PAS tetapi usia pemerintahan PAS Terengganu tidak panjang.
Katanya, keistimewaan lain yang dimilik oleh PAS Terengganu adalah kerana berjaya meletakkan batu asas pemerintahan Islam pada gelombang kedua kemenangan pada tahun 1999-2004.
“Kerajaan kita (Islam Terengganu) jatuh pada tahun 1928 dan campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948 selepas itu Islam tidak ada kuasa sepenuhnya.“Alhamdulillah, tahun 1959 parti PAS mula menang di Terengganu kerana kurnia Allah Ta’ala, selepas itu baru Kelantan.
“Walau pun kita (PAS Terengganu) jatuh dahulu daripada Kelantan tetapi kita (PAS) berjaya meletakkan asas lebih dahulu daripada Kelantan.
“Termasuklah, selepas kita (PAS) menang gelombang yang kedua tahun (1999-2004). Kemenangan kita (PAS) tahun 1999, walau pun satu penggal sahaja, kita (PAS) telah berjaya meletakkan batu asas bagi pemerintahan Islam yang tidak mampu diletakkan di negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri,” jelasnya.
Ustaz Abdul Hadi berkata PAS berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Negeri Terengganu.
“Kita (PAS) telah berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias.
“Ini ditulis dalam Undang-undang Tubuh Diri Negeri Terengganu dan hingga hari ini Umno tidak berani buang, Umno takut hendak buang.
“Kita (PAS) luluskan Undang-undang Islam bagi negeri Terengganu. Undang-undang yang berkait dengan Pentadbiran Agama Islam, Jenayah Qisas, Hudud dan Ta’azir dan pelbagai undang-undang lagi yang kita (PAS) telah luluskan,” tegasnya.
Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi semua undang-undang tersebut telah dirasmikan dan digazetkan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menandatanganinya.(Gambar kanan)
Oleh itu, katanya PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan rakyat Terengganu pula mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam berpolitik.
“Kita (PAS) mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Rakyat Terengganu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi, yang sangat hebat. Kita (PAS) mempunyai asas yang sangat besar, mengandungi pengundi-pengundi teras yang sangat ramai di negeri Terengganu.
“Cuma kita (PAS) tewas dengan penipuan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa yang penting kita (PAS) kena kerja lebih kuat lagi untuk mengembalikan kerajaan kita untuk kita berdiri di atas tapak yang telah kita (PAS) bina itu,” jelasnya dan menegaskan, PAS Terengganu akan menjadi model di seluruh negara malah di seluruh dunia.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"
Maksud Ayat 2 & 3 Surah Al Angkabut
Banyak ayat Al Quran berkaitan kisah perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu untuk di jadikan panduan kepada Ummat Muhammad. Jerih perit sepanjang jalan dakwah adalah rutin yang di lalui oleh semua mereka yang bernama pejuang.
Kita hidup di zaman yang semakin jauh dengan kurun terbaik dalam sejarah manusia, iaitu zaman hidupnya Nabi Muhammad dan Sahabat-Sahabat baginda. Kita semakin menghampiri pula apa yang di sebut sebagai masa hancurnya dunia dan kebangkitan semula manusia yang di kenali sebagai hari Qiamat.
Di akhir zaman ini pula telah banyak ingatan yang di berikan oleh baginda Rasul melalui hadis yang di riwayatkan oleh mereka yang amanah, tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dan sedang berlaku kini serta panduan bagaimana untuk ummat Islam hadapi bagi menjaga Islam mereka.
Selalu kita dengar ungkapan "Hidup Adalah Perjuangan". Dan itulah yang sedang kita hadapi sekarang.... perjuangan dalam kehidupan.
Apa yang terpenting sekali dalam kehidupan kita? Untuk merumuskannya secara ringkas, ianya melihat kepada matlamat akhir yang di tuju bagi sesebuah kehidupan di alam fana ini.
Kehidupan kita akan berakhir dengan kematian. Dan boleh di katakan semua agama baik agama samawi mahupun agama lain, mempercayai bahawa selepas kematian itu ada kebangkitan semula kehidupan di alam lain. Lebih-lebih lagi kita orang Islam di ajar adanya alam barzakh, alam mahsyar, titian sirat dan seterusnya syurga atau neraka.
Dengan keyakinan itu, untuk meletakkan perkara terpenting kehidupan di dunia ini adalah dengan melihat ketika jenazah kita di semadikan di dalam kubur. Apa yang akan bersama dengan kita ketika itu? Kaum keluarga dan sahabat handai yang ramai mengiringi perjalanan ke tanah perkuburan akan pulang setelah selesai doa di aminkan. Semua harta benda berupa rumah, kenderaan serta pangkat kebesaran telah di tinggalkan. Kain putih yang membalut tubuh kita itupun, adakalanya tidak di beli dengan duit kita, bukannya hak kita pun...
Yang terpenting kepada kita ketika itu adalah agama kita..... dan itulah perkara terpenting kepada kita sekarang, yang perlu diperjuangkan, di pertahan, di pegang walau apapun risiko yang perlu kita hadapi supaya agama tidak terlepas daripada kita apabila dunia ini kita tinggalkan.
Apabila kita mengatakan hidup adalah perjuangan, perjuangan kita adalah untuk mempertahankan agama. Harta benda dan kaum keluarga boleh ada ataupun tiada. Tetapi agama mesti ada bersama kita, walau terpaksa kehilangan harta mahupun keluarga. Bahkan harta dan keluarga itu adalah alat untuk memperkuatkan agama, bukannya menjadi penghalang antara kita dengan agama. Ini adalah kerana agama sangat penting, yang akan menemani kita apabila dunia ini di tinggalkan nanti.
Dalam mempertahankan agama inilah, kita akan berhadapan dengan ujian yang banyak yang menentukan samada kita benar-benar sayangkan agama ataupun hanya berbohong atau beretorik semata-mata.
Ujian Harta dan Anak-Anak
Di dalam ayat-ayat yang banyak, Allah saw menjelaskan bentuk-bentuk ujian yang perlu di hadapi oleh mereka yang mengaku beriman. Antaranya.....
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. "
Maksud ayat 9, surah Al Munafikun.
Harta dan anak-anak (keluarga) adalah dua ujian yang sangat berat untuk kita hadapi dalam kehidupan ini. Mereka boleh menjadi penghalang terbesar untuk kita mempertahankan agama. Tetapi dalam masa yang sama merekalah juga yang boleh memberikan sumbangan untuk kita memastikan bekalan agama kita mencukupi..
Ujian Hawa Nafsu
Rasulullah pernah mengingatkan tentera Islam yang pulang daripada satu peperangan bahawa ujian hawa nafsu adalah lebih berat untuk di hadapi berbanding musuh di medan perang. Hawa nafsulah yang menyebabkan lahirnya sifat-sifat buruk dalam diri kita. Sombong, dengki, malas dan sebagainya yang boleh menyebabkan kasih sayang kepada dunia melebihi persediaan untuk kematian.
Hawa nafsulah yang menjadikan kita lebih mengutamakan harta dan keluarga berbanding tugas dan tanggungjawab mempertahankan agama. Hawa nafsulah yang menjadi punca gerak kerja jemaah tidak dapat di hidupkan sepenuhnya lantaran lahirnya sifat dengki, sangka buruk sesama jemaah serta saling berebut pangkat dan kedudukan.
Ujian Jahudi dan Nasoro ( Kristian )
Dua golongan manusia yang di sebut oleh Allah sebagai musuh yang perlu di hadapi oleh ummat Islam untuk menjaga dan mempertahan serta menegakkan agama kita.
Dunia sekarang di kuasai oleh dua golongan ini. Kristian melalui kuasa besar Amerika sedang menguasai politik dunia, sedangkan Yahudi menguasai ekonomi melalui sistem riba yang menjadi amalan seluruh dunia. Dengan dua penguasaan utama ini mereka merosakkan seluruh sistem hidup manusia dengan mengawal sistem nilai menjadikan manusia tidak lagi tahu membezakan antara baik dan buruk.
Dasar pendidikan, dasar hiburan, dasar keselamatan bahkan seluruhnya di letakkan kebendaan dan nafsu sebagai tuhan yang di sembah.
Kemenangan Melalui Ujian
Apabila kita mampu berhadapan dan melalui ujian dalam perjuangan dengan tetap memegang agama sebagai panduan hakiki dalam kehidupan, walau apa harga yang perlu di bayar, samada harta benda mahupun nyawa sekalipun, maka itulah kejayaan yang sebenar.
Sebaliknya jika ujian tersebut menyebabkan langkahan perjuangan kita terhenti dengan alasan yang pelbagai, meletakkan perkara lain melebihi kepentingan agama, maka agama akan meminggirkan kita nanti. Di alam selepas mati, kita tidak akan memiliki apa-apapun lagi setelah harta yang kita pentingkan sekarang tidak lagi kita miliki, kaum keluarga yang di utamakan hari ini, tidak akan mengikut kita ke alam kubur...
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP